Aku mencari dan menulis….
Aku mencari,
Sebatang pena untuk menulis,
Bait indah untuk digaris,
Retorika kata indah dan manis,
Biar hati membaca sedikit terguris.
Aku mencari,
Sebuah inspirasi di lubuk hati,
Menukar kata supaya dirasa,
Moga musibah menjadi muhibbah,
Berharap resah boleh dimunasabah.
Rupanya baru ke sedar,
Masa sudah tidah boleh disandar,
Bumi jua makin kuat berputar,
Hingga simpati manusia kian pudar.
Rupanya aku mencari cinta,
Bukan manis teruna mahupun dara,
Bukan lapar nafsu yang menerka,
Bukan indah saja dimana mana.
Aku seharusnya menulis,
Tiada bahasa indah berpuitis,
Kerana takut bersulam risau,
Manusia membaca menjadi sasau,
Mencari makna disebalik kata,
Kerana lenggok bahasa seakan bala,
Fakta tersirat entah dimana,
Kerana yang tersurat terpaksa meneka.
Biarlah mudah mereka meratah,
Agar simpati biarkan berkati,
Didalam sekumpal darah bernama hati,
Kerana mereka harus mengingati,
Jasad saudara yang sudah mati.
Biarlah kita terus beriman,
Dengan ayat tuhan berfirman,
Nabi jua ada bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim). "
Tempat Pertama: Najmi Nasir
Aqsa..maafkan aku atas kelekaanku
Aqsa..
baru hari ini aku tahu dimana diri dan wajahmu yang sebenarnya..
baru aku nampak hari ini diri mu yang suci itu,
sungguh itu menyedarkan aku..
adakah selama ini aku terlupa akan diri mu dan saudara ku yang bergelut di sana?
Kenapa selama ini ku seakan acuh tidak acuh tentang dirimu, tentang saudaraku di sana?
Robek hati ku tatkala aku lihat dirimu semakin dirobek oleh si Zionis lahanat itu!
Ya Allah...aku tahu aku masih lagi belum mampu untuk ke sana berjuang menghunus senjata,
namun aku malu pada diriku sendiri, kerana ...
Susah benarkah untuk aku hanya menghulur senjata DOA ku memohon pertolongan daripada MU khas buat Aqsa yang suci dan saudara-saudaraku di sana? Susah sangatkah?..
Benarkah susah hanya untuk sekadar melafazkan doa yang tidak sampai pun 5 minit panjangnya saudara2 ku?...benarkah?
Kita boleh berdoa berejam lamanya memohon pada Allah untuk luluskan periksa atau menjadi kaya..namun untuk saudara kita yang tercinta..mengapa kita boleh sekadar buat2 terlupa?..
Mereka terseksa dan diseksa..
Dimanakah semangat kita sebagai saudara?
Tidak robekkah hati kalian melihat saudara dan Aqsa yang kita cintai ditarah dan dilakukan dengan kejam...
Dimana hilangnya semangat itu...dimana ?
Sesungguhnya doa seorag mukmin buat saudaranya dan tambahan jika tidak diketahui oleh saudaranya lebih makbul dan besar pahalanya..
Mengapakah kita tidak ambil peluang itu?
Mengapakah kita boleh leka?
Itu senjata kita yang berharga..Doa pada yg Esa..
Apa rasanya jika diri kita yang dilakukan demikian?..
Dibiar dan tidak dipedulikan.arrggh..sunggu
h aku leka pada dunia ini..yang hanya menjanjikan keindahan sementara dipandang mata...
Oh diri...marilah..angkatlah tanganmu untuk sebuah doa kepada yang Esa sebagai bekalan senjata buat saudara dan Aqsa yang tercinta yang pernah menjadi kiblat pertama untuk orang mukmin seperti kita..
Ayuhlah...lakukannya mulai pada saat ini..
Ayuhlah..
Tempat Kedua: Nadiah Mansor
Baitulmaqdis itu milik kita
disaat si dajal itu merobek jiwamu,
kulitmu dicarik tanpa belas kasihan,
suka duka pahit getir..sukar dikatakan,
tapi engkau kental, tabah menghadapinya,
hanya keranaNya..
Wahai Palestin,
jiwamu kuat, semangat mu hebat,
tiada setitis airmata yg kelihatan,
Kerana kau tahu airmatamu tidak mampu membela dirimu.
Tatkala besi buta menghentam dirimu
Batu kecil itulah senjatamu
Tanpa gentar atau bimbang
kerna kaulah pejuang Tuhan
Hei Zionist!! Malulah kalian!!
Merompak harta yang bukan milik engkau
Pulangkan pada mereka apa yang mereka miliki
Allah hu akbar! Laungan nama tuhan yang maha agung
Bantulah kami, berikanlah kekuatan pada kami untuk terus berjuang
Wahai Palestin,
Baitulmaqdis akan digenggam semula,
Kerna ia milik kita,
yakinlah dengan janji yang maha pencipta.
Tempat Ketiga: Najibah bt. Ali
Kami Bersamamu Palestin
Andai runtuh Kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Andai benar bagai dikata,
Takkan Palestin kami abaikan,
Biarlah terkorban jiwa dan raga,
Islam tetap kami tegakkan.
Siti Aishah Ibrahim
0 comments:
Post a Comment